PATIENT

|
untuk appointment kali kedua ngn doktor ni, aku mmg dari mula agak malas-malas nak pegi..mungkin kerna mood raya yang tak settle down lagi gamaknya.lepas undergo beberapa siri fisio yang pada aku kurang membantu(patient je la kan),aku mula la malas-malas nak amik tau pasal sakit ini.tapi kemalasan aku tu tak dapat nak megubah jalan cite hidup aku.di takdirkan aku pegi jugak ke klinik pakar hospital selayang tu.

aku smpai ngam2 pukul 2.30 petang, ikut kad aku ni, patient di kehendaki dtg 30minit sebelum waktu temujanji.jadi aku agak punctual la di situ sbb appointment aku pukul 3 petang. dah selesai registration, mcm biasa aku duduk la menunggu mcm patient lain yang kelihatan agak patient la. disebabkan hospital ni hospital kerajaan, aku tak lupa untuk bawak cik sudoku bagi menemani aku.daripada tak buat ape ape baik aku layan beliau.nak beli PSP tak mampu.huhu.nanti lam 30 minit atau 40 minit mesti turn aku.

jam aku da 3.30,huh kire sejam da ni tunggu..dek kerana patient aku setia menanti giliran aku. aku layan lagi cik sudoku dengan patient. tapi lama lama cik sudoku ilang kan patient aku..beliau da nak habis da, tinggal level very hard..ada je jawapan aku yang salah.. aku bawak beliau untuk control patient aku.. beliau pulak wat aku impatient.

empat lima belas petang, perasaan dlm diri aku yang tak bape nak patient ni mula la nak ckp kasar. agak doktor ni nak jumpa aku raya tahun depan gamaknya. da lama sgt ni.kat blakang seat aku ade sorang patient, budak lelaki berbalut kaki duduk atas wellchair, die pun kelihatan penat be patient. yang lebih ketara impatient ialah bapak die yang meneman.tak bape nak senang pakcik tu duduk, alih2 die bagun pegi kat rak pamphlet lalu dia amik brochure yang tertulis tangani stress anda. huhuh..mungkin die nak mengawal keimpatientnan die.

reality nya aku pun dan sgt impatient mcm pakcik bekenaan, cik sudoku aku dah tutup. dalam keadaan impatient dan busan, aku pun tego la budak atas wellchair tu.

aku: awak dtg dengan ayah awak je? mak awak tak ikot?

amar: tak, mama kat skolah.

aku: owh, mak awak cikgu ek?

amar: ntah, saya tak tahu, mama tu cikgu ke guru ntah.

aku tak tau la kalo perbualan di atas tak buat korang tersenyum..tapi thanks to amar yang membuat aku kembali patient. seronok aku berbual ngn dia. amar berusia 6 tahun, die accident masa bulan puasa, kaki dia kene gilis tayar sumthin like that, sebab aku pun tak bape nak paham die cite.tapi die bagitau aku yang ayong die budak uia.wat a small world. apa pun amar da buat aku kembali patient dan sedar tak sedar turn aku smpai, dan secara kebetulan nama amar pun kene panggil.get well soon amar.apa aku blaja kat sini ialah, menunggu mcm cita kat atas ni mmg boleh mengundang impatient, tapi kita sebenarnya boleh ubah bende tu, kita boleh kawal perasaan tu. dan aku percaya suma nya boleh dimulakan dengan senyuman. thank you amar =)

0 maklum balas:

Post a Comment