hope to see you

|

petang jumaat tu (4 sept) aku sepatotnye buka puasa dengan budak2 netball. dengan tak aku jangka mak kol, suh siap-siap.katanye nak p hospital sg.buloh, pakcik bob masuk ICU. huh ICU, bunyi nya serius. pakcik bob ialah rakan sekerja ayah yang aku kenal sejak kecik dan agak rapat dengan family aku, berbadan besar dan menghidap byk jenis penyakit. tapi sepengetahuan aku, kencing manis cik bob ni yang paling serius. since aku skolah lagi die slalu admitted sbb kencing manis die.masa tgh bersiap tu aku terpikir, ni angkara H1N1 ke? huh no doubt, pandemic yang dah sgt kronik ni ada posibiliti jadi punca. sbb nya, dua minggu lepas, jiran sebelah rumah aku meninggal lepas collapse dan koma akibat batuk je.moga Allah mencucuri rahmat arwah. AMIN


smpai kat hospital, mcm biase kiteorg undergo ujian saringan H1N1. kena cek temperature pastu kena sanitize tangan. bagus la awareness mcm ni dijalankan. kalo tak dapt stop kan serta merta at least boleh kawal. bila piker balik, H1N1 ni mengajar aku pasal kebersihan, batuk tutup mulut, cuci tangan selalu, and stay hygiene.back to the root then, kebersihan separuh daripada iman. policy hospital, budak-budak tak bole masuk, so aku betiga je la dengan mak n ayah. smpai kat wad ICU tu aku baru tahu, ICU tak mcm wad-wad lain.padan la dengan nama intensive care unit. ni kira first time aku melawat wad ICU. Alhamdulillah stakat ni takde lagi org terdekat yang admitted kat wad ni.


pintu masuknya automatik, dan hanya boleh dibuka dari belah dalam. ada 3 org security guard yang tunggu kat belah dlam pintu tu. bila mak ayah ngan aku masuk, security tu terus sound..2org pelawat je boleh masuk dlm satu masa.owh gitu rupanya.aku kena la tinggal kat luar sementara ayah ngn mak masuk.aku duduk kat luar pintu automatik tadi. sebelah aku ada sorang pakcik, dlm usia ayah jugak la. die tanye aku dtg tgk sape.dah sudah aku explain dan tak sempat pun aku nak tanya dia pulak, dia terus bukak mulut, katanya die tgk anak die. accident langgar kereta.undergo 2kali operation kat kepala. bergenang mata dia masa becerita, lagi dia sebak bila dia bgtau, anak dia tu umur 9tahun..ya Tuhan.. T T


bila mak ngn ayah da sudah melawat, aku mengvoluntere diri untuk masuk.aku masuk sorang-sorang.cuak juga mula-mula.terbayang mcam-macam.siap aku cuci tangan dan

pakai apron, guard tu bukak la pintu.pak cik bob duduk katil nombor 10, jadi bermakne aku akan lalu 9 katil sebelum melawat cik bob. ya Allah, tuhan je yang tau perasaan aku bila tengok pakcik tua dlam usia 60-an, tak sedar diri, penuh wayar ngn tiub kat badan ngn mulut die. T T …pakcik tadi bgtau, anak dia kat katil 9, so berkesempatan la aku tengok budak tu walaupun tak dekat mana. sedih tengok dia, kepala dia habis kene cukur. dia pun tak sedar sgt. pakcik tadi ckp anak dia naik basikal masa kena langgar tu. huh seedy btol.

smpai katil 10, aku mmg tak brani nak dekat, aku tgk pakcik bob dari jauh je. smpai ada sorang nurse ni approach aku.


nurse: adik nak melawat sapa ye? pak cik katil 10 ni ke?

aku: ar r kak, tapi saya tak brani nak pegi dekat. knape die mcm tak selesa kak?

dia sedar ke tak?

nurse: pakcik ni da separuh sedar sebenar nya, tapi dia tak boleh nak bukak mata, die tak

selesa dengan tiub tu sbb da sedar, sebab tu die gigit tiub tu. kita tak boleh nak tarik tiub tu unless dia betol-betol sedar.


hakikatnya, aku tak sanggup sebenarnya tgk pakcik bob,dengan monitor kiri kanan, tiub sana sini.dia tak boleh bergerak pun, tapi dia berkerut, sometime die batok jugak. Huh sedih betol aku tgk. macam mana la agaknya perasaan family orang yang admitted kat sini? kalo aku pun tak boleh bear, apa lagi keluarga dorang. semoga diaorang suma di lindungi dan cepat sembuh.AMIN

0 maklum balas:

Post a Comment