POPULAR

|
bangun pagi mcm biasa, tapi yg luar biasa hari ini (6 januari 2009)aku tak tido balik lpas subuh. amazed jugak dengan diri sendiri. Aku sendiri tertanya-tanya napa lah aku berjaga ni. Dalam pukul 7, ada message kat phone, satu lagi bende weird jadi pagi-pagi buta ni. Sender = 32462, huhh ni Bank Islam ni..huhu duit da masuk. Terima kasih kerajaan Malaysia. Betul la yang ayah aku slalu pesan.. “ Along hang tau tak, tido lepas subuh tak elok, orang yang tido lepas subuh ni mewarisi kepapaan tau tak ” logically pun kalo kita tido balik lepas subuh lambat la kita bangun, masa terbuang camtu je so tak do la rezki masuk.. huhh boleh buat penambahan pada azam ni.. Q

tapi memang betul la masa itu emas. kesian mamat Thailand sorang ni. Lambat 5 minit je masuk kelas. Prof Moten kira dia absent. Nampak zalim tapi betul la Moten cakap, masa kita responsibility kita. Sama dengan due date assignment dia, dia ckap each of us kena responsible on it. Huh, assignment yang merupakan sebuah applied research memang agak berat la. Moten bagi contoh satu research die untuk clearkan kitaorang, for about two years dia buat research on akhbar tabloid. Dia cakap dia analyze semua cerita-cerita dalam tu and found that it talks, discuss and criticize more about satu entiti ni. Hebat dia ni boleh analyze paper yang ber bahasa Malaysia. Dari research ni Moten dapat satu conclusion di mana, lagi banyak kita cakap pasal seseorang, dengan secara tak lansung sebenarnye kita dah mengpopularkan orang lain. Interest aku bukan kat any entity. Aku ter appeal dengan conclusion yang Moten buat.

Bila difikirkan, artis-artis yang slalu digosip kat majalah-majalah hiburan tu, memang diaorang agak popular la. contoh paling terkini. Ekin dengan Mawi, dari diaorang bercinta sampai dah lansung, aku rasa cerita diaorng ada je kat tabloid, magazine even newspaper. Mawi no doubt la dia memang popular tapi disebabkan terlalu banyak orang berkata pasal mereka, Ekin pun dah jadi sangat popular. So maknanya, the more we talk about others, we actually make her or him become more popular la ek? so maknenye berhenti lah kite dari memperkatakan tentang org lain kan?

CHARISMA

|

3rd week sesi pembelajaran.. minggu ni tak de lagi cuti2 umum yg bakal mengganggu kelancaran kelas Christmas dah lepas nu year dah lepas. Tak terlambat rasa nya nak wish happy new year..sem ni sem paling ringan untuk aku.. Not much class to be attended dan sem ni sem yg agak best dr sem2 sebelum ni.. kelas2 sem ni memang enlightened aku habis.. antara subjek2 dlm confirmation slip aku:

- media politics, issue in m'sia politics, survey of political history, advance research method, islamic aqidah


untuk subjek politic as usual mmg appeal aku sgt2 la.. Especially issue in Malaysia Politics.. yg mengajar plak best student Ph. D Political Science.. agak tak sabar untuk attend kelas dia. Ditambah dengan isu2 politik yg hangat kat Malaysia ni.. Politik Malaysia 2009 akan start dengan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ni di susuli dengan peralihan kuasa nanti…huhh pasti hangat kelas ni..


tapi bila tgk subjek advance research method aku da mula ada bad impression upon this subject.. menerusi previous experience aku amik subjek research method..ianya amatlah membusankan.. so aku assume bile di tambah perkataan advance maka secara automatic kebosanan subjek tu akan bertambah..


betul la kata orang tak kenal maka tak cinta.. org barat pun dan pesan don’t judge a book by its cover..mula2 masuk kelas..mmg tak dinafikan aku agak nervous…Prof Moten mmg antara legend r kat universiti ni..so nervous + bad impression = tak eager..After 2nd kelas…aku jadi tak sabar2 nak p kelas dia.. Seriously, dia penuh dgn karisma… dia da termasuk dalam hero list aku selepas Dr.House..tahap ke sarcastic yan dia mmg tinggi..apa je dia ckp ada context.dia tak ckp kosong..lawak dia semua boleh pakai..


dlm one of the class, dia cerita pasal karisma.. According to him, ‘karishma’ yg dlm bahasa urdu bermaksud miracle.. dan dia tafsirkan karisma sebagai supernatural ability yg ada pada seseorang. Dlm discourse ni ianya dalam konteks seorang pemimpin. The best example kata nya Ghandi.. dia describe Ghandi as a half naked old Indian man yg sgt berkarisma. Huuh..Ghandi tak payah pun pakai toyota camry untuk buat org hormat dia.. dia just pkai kain putih yg tak berjahit dengan sandal biasa.. enough dgn tongkat dan kaca mata sebagai aksesori.. huhh tapi dia tetap di hormati. Rakyat dengar ckp dia..rakyat terima pandangan dia..rakyat tak membantah keputusan dia.Mungkin tu la maksud karisma.. miracle..supernatural.extraordinary perhaps.