hope to see you

|

petang jumaat tu (4 sept) aku sepatotnye buka puasa dengan budak2 netball. dengan tak aku jangka mak kol, suh siap-siap.katanye nak p hospital sg.buloh, pakcik bob masuk ICU. huh ICU, bunyi nya serius. pakcik bob ialah rakan sekerja ayah yang aku kenal sejak kecik dan agak rapat dengan family aku, berbadan besar dan menghidap byk jenis penyakit. tapi sepengetahuan aku, kencing manis cik bob ni yang paling serius. since aku skolah lagi die slalu admitted sbb kencing manis die.masa tgh bersiap tu aku terpikir, ni angkara H1N1 ke? huh no doubt, pandemic yang dah sgt kronik ni ada posibiliti jadi punca. sbb nya, dua minggu lepas, jiran sebelah rumah aku meninggal lepas collapse dan koma akibat batuk je.moga Allah mencucuri rahmat arwah. AMIN


smpai kat hospital, mcm biase kiteorg undergo ujian saringan H1N1. kena cek temperature pastu kena sanitize tangan. bagus la awareness mcm ni dijalankan. kalo tak dapt stop kan serta merta at least boleh kawal. bila piker balik, H1N1 ni mengajar aku pasal kebersihan, batuk tutup mulut, cuci tangan selalu, and stay hygiene.back to the root then, kebersihan separuh daripada iman. policy hospital, budak-budak tak bole masuk, so aku betiga je la dengan mak n ayah. smpai kat wad ICU tu aku baru tahu, ICU tak mcm wad-wad lain.padan la dengan nama intensive care unit. ni kira first time aku melawat wad ICU. Alhamdulillah stakat ni takde lagi org terdekat yang admitted kat wad ni.


pintu masuknya automatik, dan hanya boleh dibuka dari belah dalam. ada 3 org security guard yang tunggu kat belah dlam pintu tu. bila mak ayah ngan aku masuk, security tu terus sound..2org pelawat je boleh masuk dlm satu masa.owh gitu rupanya.aku kena la tinggal kat luar sementara ayah ngn mak masuk.aku duduk kat luar pintu automatik tadi. sebelah aku ada sorang pakcik, dlm usia ayah jugak la. die tanye aku dtg tgk sape.dah sudah aku explain dan tak sempat pun aku nak tanya dia pulak, dia terus bukak mulut, katanya die tgk anak die. accident langgar kereta.undergo 2kali operation kat kepala. bergenang mata dia masa becerita, lagi dia sebak bila dia bgtau, anak dia tu umur 9tahun..ya Tuhan.. T T


bila mak ngn ayah da sudah melawat, aku mengvoluntere diri untuk masuk.aku masuk sorang-sorang.cuak juga mula-mula.terbayang mcam-macam.siap aku cuci tangan dan

pakai apron, guard tu bukak la pintu.pak cik bob duduk katil nombor 10, jadi bermakne aku akan lalu 9 katil sebelum melawat cik bob. ya Allah, tuhan je yang tau perasaan aku bila tengok pakcik tua dlam usia 60-an, tak sedar diri, penuh wayar ngn tiub kat badan ngn mulut die. T T …pakcik tadi bgtau, anak dia kat katil 9, so berkesempatan la aku tengok budak tu walaupun tak dekat mana. sedih tengok dia, kepala dia habis kene cukur. dia pun tak sedar sgt. pakcik tadi ckp anak dia naik basikal masa kena langgar tu. huh seedy btol.

smpai katil 10, aku mmg tak brani nak dekat, aku tgk pakcik bob dari jauh je. smpai ada sorang nurse ni approach aku.


nurse: adik nak melawat sapa ye? pak cik katil 10 ni ke?

aku: ar r kak, tapi saya tak brani nak pegi dekat. knape die mcm tak selesa kak?

dia sedar ke tak?

nurse: pakcik ni da separuh sedar sebenar nya, tapi dia tak boleh nak bukak mata, die tak

selesa dengan tiub tu sbb da sedar, sebab tu die gigit tiub tu. kita tak boleh nak tarik tiub tu unless dia betol-betol sedar.


hakikatnya, aku tak sanggup sebenarnya tgk pakcik bob,dengan monitor kiri kanan, tiub sana sini.dia tak boleh bergerak pun, tapi dia berkerut, sometime die batok jugak. Huh sedih betol aku tgk. macam mana la agaknya perasaan family orang yang admitted kat sini? kalo aku pun tak boleh bear, apa lagi keluarga dorang. semoga diaorang suma di lindungi dan cepat sembuh.AMIN

DUA PULUH TIGA

|
kalo sape yang paham mode aku menulis blog..ianya adalah occasionaly mode huhu.. ade bende yang mcm bes untuk di tulis baru la aku merajin diri..for this time, it's about my big day for this year..huhu

happy birthday ina!.. buat kali ke 23 nye..huhu not a small number anymore..da kira dewasa da aku ni..ahaks..mari berubah ke arah kedewasaan..the best part pasal birthday this year kerana ianya jatuh dalam bulan ramadhan. ~wink~ may it brings the barakah..

bercakap tentang birthday..it is proven (atleast, happened to me) that bila makin meningkat umur, kite tend to tak heran or should i use the word tak brape alert dengan our own birthday..huh..mungkin itu yang dikatakan kedewasaan..actually kamal told me all this..huh kamu betol la lalink..huhuhu

there are a lot things to learn from now on..huhu..not just to act like, but think like the adult..happy to be dewasa and wanted to be a good org dewasa..dear fren wish me luck on this..pray for me..

GREEN DAY

|
setiap hari routine yang sama.bgn, siap2, pg keje.pagi tu aku siap terlebih sgt awalnya.sementara tunggu ayah tu, aku tgk tv.awal2 pagi takde cite menarik sgt.sume tv siarkan talk show.so byk2 channel aku selesa dengan tv3 pnye talk show.pagi ni ally, abby ngn ajie mengacarakan MHI. Tak putus-putus org kol nak beckap pasal tajuk hari ni. huh, tajuk yg mengappealkan aku.

topik pagi tu jadi hangat, bila mana makin ramai orang yang kol. Pagi tu MHI bincangkan pasal “beg hijau”. Penyaranan pengurangan penggunaan plastik..bagus-bagus. da lama aku nanti2kan tajuk cam ni. dengan bangga nya aku rasa nak je kol studio tv3 tu nak bagi tahu, saya pun buat mcm tu..saya da lama stat kempen ni kat diri sendiri.huhu

seriusli budaya ni mmg patot di amalkan kat negara kita. kalo stakat beli barang simple2 kat kedai runcit tu tak yah la berplastik bagai.bende yang kita beli pun selalu nya di pack lam palstik, pastu salut lagi plastik.konon nye senang nak bawak.alah kalo beli air tin setin nak gak plastik ke?

aku teringat zaman pasaraya besar makro still beroperasi.aku rasa pasaraya lain patot contohi pasaraya ni.dulu mak memang shoppin barang dapur kat makro.makro mengamalkan peenjualan barangan tanpa plastik.ape saje yang kita beli kita buh lam troli je.pastu tolak la pegi kete.susun dlm boot keta.tak payah guna plastik pun.makro ade sediakan plastik, tapi satu plastik berharge rm1.huh pikir dua kali la kan kalo nak beli.dengan kaedah yang makro ketengahkan ni.secara tak lansung mengurangkan peggunaan plastik kat rumah aku.tapi malangnya, makro da tak beroperasi da skang ni.

kalo mengikut fakta, beg plastik yang kita guna pastu buang mcm tu je, amik masa 500 tahun untuk dispose.makneya plastik air yang aku duk buang masa skolah dulu tak dispose pun lagi sebab aku pun baru 23 tahun.huh bayangkanlah.

bila difikirkan balik, amik contoh kat uia, diri aku sendiri.kalo lunch, bungkus makanan, da la bungkus lam polestrin pastu buh lam plastik pulak.sehari paling kurang satu meal. 5 hari, 5 polistren 5 plastik. Sebulan 20 polistren 20 plastik.wahhh teruk nya aku siksa alam sekitar.nasib baik la, uia pun aware pasal environment neh.polistren da tak le digunakan lam uia..semua kene guna biodegradable nye bekas.tapi pastu bubuh lam plastik gak.huh
aku ade la becadang, stat nex sem aku nak bwk Tupperware sendiri kalo nak beli makanan.selain mengelak diri dari chemical polistren aku leh la menjayakan kempen pengurangan penggunaan plastik.cayok.

stakat ni aku da stat, kalo pegi kedai runcit, beli barang sikit-sikit je aku mesti ckp “tak yah plastik ek” huhu pas ni aku becadang nak bawak re-use plastik atau beg hijau yang MHI heboh tu pegi shoppin.sebab aku penah tgk org beli handbag kat OU, siap bawak paper bag sendiri.why not aku lak kan?huhu

aku ckp pasal bende ni bukan la bemaksud ‘jangan guna plastik’ atau ‘haramkan peggunaan plastik’ tapi lebih kepada ‘kurangkan penggunaan plastik’.lari macm mane pun kite perlukan encik plastik ni tapi aku rasa kita boleh kurangkan peggunaan nya kan?

GUILTY

|
penat jugak tunggu mesin semi auto ni..kalo kat umah ni aku da tido lena ni.tade nak tido2 ayam.kalo biase aku tekan2 pastu tinggal je, dengan menggunakan mesin semi automatic ni aku kene tunggu die basuh, da habis mesin tu basuhkan aku kene bilas pulak, dah tu kene perah2 masuk spin pulak.huh thank god mak beli mesin auto kat umah. Tapi rasa besalah lak ngn mak.sbb dulu2 masa pakai semi auto, aku tak penah pun tlg mak huhh.sowi mother.
OK da habis basuh, panggilan atau msg pun tade, aku pun mulakan pelayaran mlm tu.

tak sampai 5 minit aku tido, phone bunyi..

umi: hello beb, ko wat pe?
aku: baru nak tido ni ha.
umi: movie stat pukol 11 la beb, aku mesti balik after 12 neh.
aku: takpe tadehal.
umi: Abdullah Munshi(bukan nama sebenar) ade kol tak?
aku: tade pun..las msg pun petang tadi.tak jadi kua la kot.
umi: lorrr sian kat ko., bek ko ikot aku
rasa besalah aku tgl ko sorang2..ko da mkn blum?
aku: alah relax ar, aku pun mmg penat sgt ni.aku da mkn maggi tadi.
umi: ok, ko wat je cam umah ko.tido dulu k.jgn tunggu aku.take care.

huh patotnye umi tak yah pun rase besalah kat aku, huhu da kira bagus die tumpangkan aku tido umah die ni.thanks a lot beb.walaupun aku slalu ckp mcm2 kat ko.tapi ko gak la yg sudi nak tumpangkan aku ni ha. huhu rasa besalah pula.

sebelum tido balik, aku mensengajekan diri msg Abdullah Munshi (bukan nama sebenar).

aku: ye ye je, kunun nak nengok wayang ;p
AM: sowi makcik, tangan aku sgt sakit, tak mampu nak drive pun.ko tak kua?
aku: tak kua pun.its ok aku pun sgt penat dowh.umi kua ar.
AM: habis ko seorang diri la ni?
aku: yolah, menjage umah si umi la ni.
AM: woi gle besalah aku, sowi sgt weh.

huh sepatotnye lagi skali, si Abdullah Munshi ni tak yah nak rasa besalah nak say sori bagai kat aku.kiteorg pun tak janji betol2.ckp2 gitu je. lagipun die punye kete tak kan aku nak pakse2 suh die keluar.plus, die kesakitan lak tu.

ckp pasal besalah ni, di sebelah ptg hari kejadian di atas, ada orang approach aku, mengatakan ada orang rasa besalah pada aku.huh apa yang boleh aku katakan kat sini, rasa besalah ni kadang2 ada bagusnya.tapi kadang2 kita tak sedar, dengan rasa besalah yang kita ada dan pulak tu diberitahu umum, kita sebenarnya dah malukan org yang kita rasa besalah padanya tu.rasa besalah yang ada pada kita tu sebenarnya tunjukkan org yang kunun nya dikasihani tu nampak besalah.aku tak letak kan ape aku describe ni kat semua situasi.tapi mcm case sebelah petang ni. ia sedikit sebanyak telah efek aku. Org yg tolong smpaikan rase besalah tu, da pandang serong kat aku.nak dimudahkan cerita camni la, org yang menyampaikan tu kata aku tak patot wat org tu sampai rasa besalah.makna kata lain aku ni besalah sebab buat org rasa besalah.kesimpulannya kat sini, rasa besalah biar kena tempat la dan org yang di beritahu perasaan besalah kita tu bia kena orgnya la.kepada sesiapa yang aku da besalah pada mereka aku mintak maaf sgt2 ye.manusia ini tidak perfect bukan?